Iklan Nuffnang

Thursday, January 5, 2012

Antara AYAM GORENG dan Rahmat Mu Ya Allah...

Pada 02 Januari 2012 jam 8.00 mlm aku dan suami bertolak balik dari my Home Stay kat Seri Manjung ke Seri Iskandar. Dalam perjalanan aku tanya suami nak makan berat ke ringan malam ni.Makan ringan aje malam ni katanya.Ok kita ke MC Donald Seri Manjunglah. dan sampai aje aku oder one set ayam plus strawberry sunday ice-cream.Aku bawa ke meja dan terus duduk di meja tengah then  datang suami aku yg lambat masuk tadi ajak duduk kat meja depan aku menurut aje dan mula menjamah pesanan.
Masa kami makan ada 3 budak lelaki dalam umur 12 tahun rasanyaduduk sebelah kanan meja kami..sedang kami menjamah pesanan..salah seorang budak lelaki tadi tanya...Pak cik berapa harga ayam goreng...suami aku beralih matanya kat aku...aku menjawab aaaa...dalam RM 10.10 sen satu set sambil aku membelek bil dalam dulang MD. Nah tengok bil ni  berapa harganya..aku cakap pada budak lelaki tu.Lantas aku tanya "Adik ada duit berapa? Lapan ringgit dia jawab..aaa tak cukuplah kalau nak makan yee...suami aku terus memakan ayam goreng dan aku pun mencubit ayam goreng tu sambil sembang-sembang ......tapi aku tak dapat nak telan makanan tu ,mata aku yg sebelah ni asyek ternampak budak 3 orang tu...tengooook aje kami makan terliur air liur dia agaknya...aku pandanng suami aku...suami aku kata depa teringin nak makan duit tak ada...macam kitalah masa budak-budak dulu teringin nask makan tapi duit tak ada, aku menyahut cakap suami ku...aaaa  saya dulu -dulu tengoookkk aje orang makan , kecur air liur....mata tengok makanan orang duit ada 20 sen harga mee basah 40 sen mana cukup....sekarang dah senang tak pula lalu makan...bergenang air mata ku teringatkan kisah masa kecil aku dulu...lantas aku pun menghulurkan poket kentang goreng kepada mereka ,aku cakap nah adik makan syer-syer....tapi aku rasa tak cukup pula kentang tu sebab mereka bertiga lalu aku hulur pula ais krim strawbery yg aku baru suap 2 sudu ke mulut...nah dik syer syer makan ye..kata aku...pergi ambil sudu.... ayam kami 2 ketol dah habis kami makan .Aku nampak yang sorang budak tu bangun pergi ambil sos untuk makan dengan kentang Sedih aku tenngok mereka..nak bagi ayam goreng ,dah habis suami aku makansebab oder 2 ketol aje. selesai makan suami aku keluar kekereta kebetulan ada cal masuk untuknya. Aku masih dalam Mc Donald lagi, masa aku nak jalan keluar kesian pulak aku tengok 3 mamat tu lalu aku hulurkan RM 10.00 aku cakap nah pergi beli ayam goreng campurlah dengan duit adik yang ada ..aku tanya lagi adik ada berapa RM seorang tu jawab tak ada...lantas aku hulur lagi RM 10.00 sebagai tambahan .Ok pergi kat kaunter oder ayam gorang makan syer-syer bertiga tau...kata ku. Lantas aku pun keluar menuju kle kereta masuk kedalam kereta suami ku tanya" kenapa lambat?"tuu haaa kesian pula saya tengokbudak budak tu teringin benor rasanya nak makan ayam goreng Mc Donald so saya bagilah duiot. Berapa bagi..20 ringgit jawab aku.Kenapa tak beli terus ayam tu nantidia orang beli rokok pulak duit tu. Alaaa kita kan nak cepat saya malas dah nak beratur..alaaaa bang terserahlah pada allah bang janganlah berkira sangat. Dalam kete masa memandu suami ku kata mungkin allah nak duga kita tak...dia nak tengok kitakita ni kedekut ke tak..yeee....aku diam aje tapi air mata ku mengalir deras jatuh kepipi mengenangkan 3 orang budak-budak tadi tu...ya allah berilah rahmat kepada mereka bisik hati kecil ku....

Besoknya 03  Januari 2012 jam 9.10 pagi HP aku berdering dan aku menjawab panggilan itu..rupanya panggilan dari Bank Rakyat Seri Iskandar meminta aku datang mengambil IC katanya aku tertinggal di Bank Rakyat semasa berurusan disana. Masyaallah alhamdulillah syukran ya Allah..syukran ya allah alhamdulillah ya allah..allahhuakbar sambil air mata ku mengalir sepenuhnya dan aku menangis ...menangis ...menangis kerana allah telah memberi Rahmat yang teramat besar kepada aku..ya allah malam tadi aku menunaikan hajat 3 budak -budak belasan tahun yang teringin makan Ayam Goreng ..aku hanya memberi RM 20.00 amat sedikit aku rasakan tapi Kamu ya ALLAH telah membalas lebih besar dapripada itu.Ini bermakna duit aku telah selamat sebanyak RM 110.00 untuk membuat IC baru.Sebenarnya aku sedar IC aku hilang pada 20 Disember 2011 lagi , puas aku mencari  bertanyakan ke  Bank IslamS.Iskandar, Agro Bank S.Iskandar hingga ke Wah Chan Giant S.Alam aku mencari kerana seingat aku tempat itulah aku berurusan sepanjang tarikh IC aku hilang. Masyaallah rezeki dan Rahmat Allah berikan kepada aku.... tambah bergenang air mata ku melimpah dipipi ku sesungguhnya keikhlasana hati ku Allah balas tanpa ada lengahan Alhamdulillah.
Sebenarnya aku start mencari IC aku pada 23 Disember 2011 lagi hinggalah kini aku menemuinya tanpa di duga. Sebelum ini dah jenuh aku membaca Robbi yasir awala tuasir yakarim..ayat supaya allah mudahkan urusan dan dah jenuh aku memunggah almari beg-beg aku dalam bilik
namun tak juga jumpa. Dah hampir 2 minggu aku hidup tanpa IC hingga suami aku panggil aku PATI Pendatang Tanpa Izin dahhhh...
Walaupun bagi setengah orang apa yang aku ceritakan ini merupa kan perkara yang kecil tapi bagi aku bukan jumlah wang yang jadi ukuran tapi nikmat dan rahmat allah dan balasan allah kepada aku amat mengharukan hati  dan perasaan aku....Ya Allah...Arrahman Arrahim.........Allah yang menentukan segalanya...

Date  : 03 Januari 2012



Saturday, November 19, 2011

My Life: ke syurga....juga ada syarat

My Life: ke syurga....juga ada syarat

ke syurga....juga ada syarat

Pada 18 november 2011 aku seperti biasa waktu subuh aku menjejak kaki ke surau Nurul Huda tempat tinggal aku selepas bersara.Biasalah bila lepas tamat sembahyang subuh berjemaah kami ada tazkirah dan pagi ini aku begitu tersentak bila Cik Gu Rahim yg bagi Tazkirah mengatakan ada 6 syarat untuk  ke syurga Allah...oohhh kepala ku mulai memikirkan masyaallah.... bukan sahaja nak jejak kaki ke U nak masuk syurga juga allah tetapkan syarat iaitu:
1). Bercakap dengan lembut
2). Menyebarkana salam
3). Berpuasa 3 hari dalam sebulan
4). Bangun Malam beribadat kpd allah
5). Memberi makan kepada orang
6). Menyambung silatulrahim yang telah putus

nampak mudah  syaratnya terutama kita tak perlu pun nak memikirkan berapa bayaran bulanan tahunan atau bayaran berapa sehari...masyaallah ...semuanya free percuma cuma kata orang benda FREE ni kadang-kadang orang tak ambil kisah pun...betul tak....maklumlah tak yah keluar ongkos beribu-ribu ...

Bila kita memenuhi syarat ini maka gradlah kita ...umpama belajar di U kita perlu membuat assignment,exam and last you get the diploma or ijazah,phd....hmmm seronokkan kalau benda ni nampak...tetapi syurga yang allah janjikan masih tak nampak dimata zahir kita tetapi kita wajib yakin dan beriman kepadanya..Jika syuga allah nampak semua orang nak berebut rebut nak masuk macam nak tengok perlawanan bola sepak piala berprestige sampai tak cukup tiket dan tempat duduk..masyaallah...jadi renung-renungkanlah wahai anak Adam.....syurga itu tempatnya HEBAT dan syurga VSnya NERAKA juga tempatnya HEBAT...kedua-duanya hebat tapi kehebatan yang amat berbedza yang tak dapat digambarkan dengan akal manusia......alhamdulillah walaupun aku bersara awal sedikitpun aku tidak menyesal kerana banyak ilmu yang telah aku dapat yang tak dapat aku cari ketika aku dialam pekerjaan yg amat sibuk dengan masa yang berjalan terlalu pantas kini...kini aku tenang bagi aku bersara bukan bererti aku bersara terus tanpa buat apa-apa duduk makan dan tunggu mati kata orang...tapi bagi aku ...aku seperti biasa macam insan lain punya rutin sendiri......aku mula muhasabah diri aku aku mula mengira-ngira...hmmm bukan mengira hutang atau mengira wang RM  tapi aku mengira dalam usia aku sudah setengah abad ini berapa yang aku hutang kepada allah...pertama aku menghitung tentang hutang sembahyanga aku dengan allah...Seingat aku , aku mulai menunaikan sembahyang tidak tinggal ketika aku ditingkatan empat sebab tinggal diasrama sehinggalah kini...so umur aku baligh kalau dikira perempuan berumur 9 tahun (perempuan mulai didatangi haid)  masyaallah lebihkurang  7 tahun aku perlu kadho sembahyang aku..ye lah bukan aku nak salahkan ibu bapa aku masa tu tahun 70an dan 80an hala ke Islamik amat kurang..lihat saja tentang pakaian perempuan ramai yg tak menutup aurat bukan seperti sekarang kat sekolah masih pakai skirt pakai hot pan lagi...Yaallah ampunkan lah dosa-dosa ku Yaallah

Terus terang aku katakan aku belajar sembahyang pun belajar sendiri tanpa disuruh bapa ku, aku belajar mengaji bersungguh-sungguh dan mengenal bacaan al quran .Aku masih ingat zaman mengaji membawa jamong mungkin generasi sekarang tak kenal apa itu jamong....balik sekolah petang jam 6.00 petang pergi mengaji di rumah Makcik Melah Guru Quran kami beramai-ramai pergi adik beradik aku dan balik mengaji pukul 10 malam itu yang guna jamong tu zaman tu masih tak ada lagi elektrik...tapi sehingga kini ada seorang kakak aku masih belum mengenal ejaan nak baca al quran...masyaallah ...tapi aku tetap tabik spring kat kakak aku yg sorang ni walaupun dia tak dapat baca quran kerana kurang mengenal huruf dia tetap berusaha membaca yasin dengan mendengar dan mengikut pada kaset alhamdulillah....

Hmmm dan aku paling terkejut bila aku dapat tahu yg aku punya adik ipar lelaki, baru berpencen juga tak menenal huruf .....nak baca quran tak dapat...allah.... sedihnya aku memikirkan betapa begini jadinya....Tapi aku juga tabik spring kat dia kerana dia juga begitu sedar dirinya dan tujuan berpencen awal adalah untuk belajar membaca alquran dan mencari ilmu ke akhirat. alhamdulillah...

Aku rasa cukup disini muhasabah diri aku ...esok aku akan sambung lagi insyaallah......ucapan .assalamualaikum kepada  bloger (jika ada yang baca my blog).







Thursday, November 3, 2011

SAYANG KU HANAN

Hanan ...itulah nama anak kecil yg petah bercakap ni.Dia anak saudara aku dari anak sepupu aku Rahimah yang kini menetap di Mekah Saudi Arabia...inilah anaknya yg amat petah bercakap baru 3 bulan di Malaysia dah pandai berbahasa Melayu lancar aje bunyinya...ini yg aku geram niiihhh aku yg nak belajar Arab sampai hari ini belum dapat-dapat lagi....

Hanan suka swimming..tapi hari tu dia tak bawa baju renang tak dapatlah dia turun lagi pun tak ada siapa nak jaga dia kalau lemas nanti...huuuhh 












Apa yang di renung tajam tu Hanan...marah ke

Hanan suka sangant mandi kat swimming pool jadi masa kami keKL jumpalah swimming pool so g3mbira dia dapat lepaskan geramnya
Hanan,sepupu aku dan Aku
Mak Teh, Aku dan Hanan
Bersama Mak Teh aku mak saudara dari Arab Saudi
Baru berusia 4 tahun tapi cakapnya macam orang tua ...
Dah puas Hanan mandi yee..Hanan

YANG PERGI...dan antara kasihnya isteri

Hari ini 04 Nov 2011 bersamaan 09 Zulhijjah 1432 Pagi tadi jam 6.40 pg suami ku menerima berita kawanya kamaruddin yg seangkatan dengannya 4RAMD telah pulang kerahmatullah jam 5.00pg diTikam batu Kedah.Teringat suamiku cerita pada ku...yang kawanya ni semasa hayatnya seolaholah putus harapan untuk hidup apabila isterinya tercinta pergi mendahuluinya pergi buat selamanya.Bagi belaiu hidup dirasakan hambar tanpa isteri disisi,kecewa dan murung lebih -lebih lagi beliau mengidap sakit jantung dan paru-paru .....semasa kami melawatnya pada aidil Fitri yg lepas dia menceritakan betapa hidupnya tidak ceria seperti dulu dan sakitnya bertambah parah maklumlah kalau ada isteri semua dilayan isteri kini dia dah tak kisah nak makan ubat ke tak amakan ubat ke dia tak ambil peduli...bila tiada isteri beliau rasa hidupnya kosong tiada teman untuk urus hidupnya walaupun sebumbung hidup dengan anaknya tapi kasih dan layanan isteri adalah amat berlainan sekali katanya.Umur beliau 62 tahun dan telah pergi mengadap Yarabbi hari ini hari Wukuf di Arafah ketika umat islam sedunia berhimpun beliau diapanggil allah taala...al fatihah untuk sahabat my husband.Itulah pe3ntingnya seorang isteri kaum hawa kepada suami kaum Adam...jangan main-main...

Teringat pula aku kepada sahabat aku Yati 47 tahun pergi buat selmanya pada 24 Okt 2011 (Isnin) .Beliau sekelas dengan aku semasa belajar Ijazah Pendidikan di UiTM seri Iskandar.Beliau sebelum ini sihat cuma mengidap asthma sahaja.Tapi pada 23 Oktober beliau tiba-tiba jatuh dihapan pintu rumah dan terus dikejar kehospital Ipoh doktor menyatakandarah beku di kepala perlu dibedah segera dan selepas pembedahan beliau koma .Aku dan suami sempat melawat beliau pada petang 23 Oktober 2011.Aku hanya melihat tubuhnya terbujur kaku namun dimukanya bersih tenang walaupun nyawanya dibantu alat pernafasan ketika itu
Adiknya membaca yasin dan aku berdoa agar beliau sembuh doaku "Ya allah sembuhkan sahabatku jika itu lebih baik baginya.......sehinggalah aku pulang aku masih terkenang kata-kata Yati...Kak I nak bayar hutang you ni tapi I nak masuk kat ATM tapi 8.00 lagi mesin tak terima mesin hanya terima wang genap aja...aku pun menjawab tak apa lah Yati you masuk yg genap aje yg 8.00 tu I sedekah kat you ok kata ku and kalau you susah-susah sibuk mengajar lain kali bila ada masa Yati bayarlah..ehhh tak boleh kak Yati risau takut apa-apa terjadi pada Yati nanti...ala Yati jng risau kalau ada apa-apa kak halal aje kata ku sambil gelak-gelak dengan dia dalam HP; Itulah kata-kata terakhir seorang sahabat yg banyak membantu aku semasa sama-sama belajar dulu...dan semasa di hospital aku bertanya khabar tentang Yati pada suaminya...suaminya cerita Yati nak pergi facial ni...nantimuka cantik taklah abang cari lain...hehee..Yati gelak-gelak dengan suaminya...itulah kenangan sahabat ku...al fatihah untuk arwah.
KERINDUAN  PADA LAMBAIAN MU

pagi tadi aku rasa syahdu sangat sampai mengalir air mataku kat Surau nurulhuda Tasek Putera tuu...nasib baik tak bah(banjir) surau tu ...tahu kenapa..hari ini 09 zulhijjah bulan HAJI teringat aku dan rindu aku kepada kaabah...hari ini aku dah ada kat Arafah dah bawah khemah di padang arafah tu...tempat memohon doa sebanyak mungkin...tempat betapa manusia semua sama disi allah nanti semua berpakaian putihhh tak kira tua muda kaya atau miskin bnaik atau jahat...hmmm   rindunya aku dibulan ini bulan Zulhijjah bulan HAJI yg penuh rahmat...bila ku berjalan pulang ke rumah ku dari suarau tadi yerkenang aku sewaktu berjalan balik dari masjidil haram ke hotel Savillea Kota Mekah dan menurut bapa saudara aku itulah tapak rumah ibu ke melahirkan aku...subhanallah......lambaian kaabah mengharukan hati ku...air mata kau genang lagiii.di mata ku...



Monday, October 31, 2011

KETENTUAN

nape aku pilih KETENTUAN...hhahini adalah ketentuan...semua orang akan kata begitu ya ketentuan terucap sepontan jika kita berjaya atau tidak berjaya mencapai sesuatu...kalau kita kaya pun ketentuan kalau tak pun ketentuan yg allah beri...so jangan menyesal dengan ketentuan yag dicipta untuk kita...

Thursday, October 27, 2011

KEHIDUPAN IKHLAS dan SIGNIFIKAN



Inilah gambar-gambar kenanganKU semasa Hari JasaMU di Kenangan yg diadakan di Dewan AgongTuanku Chanselor UiTM Shah Alam pada 28 Julai 2011 7.30 pg-12.00 th







Bersama Poniti Sahabat lama mula bekerja di Business School UiTM Shah Alam tahun 1985-1991 berjumpa semula semasa Majlis Jasa Mu Dikenang ...Inilah ketentuan Allah S.A.W











Sijil Premium RM 400 hadiah kepada pesara dan sijil penghargaan sebagai kenangan UiTM...mengenang Jasa Kami..
TQ UiTM



Jam tangan J.BOVIER dihadiahkan dua Unit untuk suami Isteri) hadiah kenangan 25 tahun berkhidmat dengan UiTM..TQ UiTM





Berpossing sakan .......dan aku memberi pos istimewa (last posing ) sebelum meninggalkan Dewan Agong Cahnselori...yang meninggalkan kenangan manis buat selamanya......

En A.Halim berbaju Melayu hijau Pegawai Sukan UiTM Terengganu sahabat lama semasa di UiTM Seri iskandar- ketika Majlis Jasa Mu di Kenang di Dewan Cahnselori UiTM Shah Alam 28 Julai 2011













Sahabat paling lama kerja bersama Rahaizat.....bermula di UiTM Manjung tahun 1991-2011




Sahabat baru tahun 2007 -2011 sahabatyang banyak membantu..









E-Jari terakhir...09 Ogos 2011 melangkah kealam persaraan ...Antara ketentuan,ketenangan,ihklas dan signifikan...nanti akan aku gambarkan dalam my blog terbaru kenapa 4 perkataan ini menjadi kunci kehidupan dialam persaraan aku...tungguuuuu....

SELAMAT TINGGAL UiTM........NAMUN...UiTM TETAP DIHATI KU




Dah lama sangat aku tak menulis di Blog aku niiihhh dah bersawang ....sehingga hari ini
29 Oktober 2011 aku baru dapat melihat semula aku punya blog memang bersawang bebenorlah yeee......dulu aku sibuk sebab kerja... sekarang dah bersara pilihan.Hari ini genap 29 hari aku bersara dan dua hari lagi cukuplah sebulan aku bersara...huuuuuhhhh... Memang aku sendiri tak tahu kenapa aku buat keputusan bersara ketika berumur 50 tahun dah ketentuan Allah kerana pada 01 Julai tanpa apa sebab aku terus menghantar surat kepada Kak Nab panggilan manja (PengarahUiTM Perak yg baru) untuk dapatkan sokongan. Beliau sokong terima kasih kak Nab.. nape pula kak nab tak nak sokong aku bukannya Profesor macam dia tak ada kepentingan pun kalau nak bersara ramai lagi manusia yg dahagakan kerja dok menunggu....hahhaaa...namun aku saja-saja cakap kat kawan -kawan pejabat ramai ingat yg aku ni olok-olok sehinggalah tanggal 09 Ogos 2011 hari terakhir aku di UiTM Perak dan membuat e-jari terakhir pada jam 5.00 petang...huuuhhhh senang hati aku... aku bercuti terus untuk bersara awal setelah 26 tahun bersama UiTM kerana cuti aku banyak so aku cuti awal terus bersara.......ramai kawan-kawan dan staf UiTM perak terkejut dan tertanya-tanya ada yg masih tak percaya walaupun aku dah maklumkan bulan 01 oktober 2011 aku mula meninggalkan alam goverment terus bersara...huuu.Yang aku kelakar ramai yg tanya nak buat apa pencen muda-muda niiihh...dah setengah abad muda apa lagi,kata hati ku sendiri...jua semasa hari Jasa Mu dikenang ketika aku menerima cenderahati terakhir dari UiTM Penyampai kenangan itu bertannya aku you muda ni nape pencen awal nak menulis ke.....huuu dia ingat aku nih staf akademik agaknya...tapi aku jawab nak relaxs..dia senyum you buat bukulah (menulis) katanya...aku senyum aje memang aku juga berminat menulis.

Even lagi kelakar bila aku berjalan menuju kemeja bulat bagi Majlis Hari Jasa Mu dikenang duduklah satu meja dengan En A.Halim Pegawai Sukan UiTM Tganu dulu dia stafUiTM Perak so terkejut dia macam tak percaya yg aku nak bersara..lantas diakata ini org kayalah nih org banyak duit kalau tak nape nak pencen awal....dankawan-kawan pensyarah lain yg semeja dengan ku juga merasa hairan...maklumlah akulah yg termuda dimeja makan tuuu...Namun kini telah hampir satu bulan aku menjalani kehidupan sebagai manusia yg bebas dari kongkongan kerja yg perlu mengikut telunjuk boss.Aku sangat happy kerana kepala aku ringannnnnnnn sangat ...aku release tention dan pada02 Oktober aku ke langkawi Pulau Lagenda Mahsuri, berjalan makan angin tanpa kepala aku memikirkan Pendaftaran Pelajar baru,TOT program dan aktiviti HEP yg amat menyiksa jiwa aku kerana aku tidak dapat berehat penoh asyik-asyik kerja hingga untuk bela badan aku sendiri pun tak sempat...maafkan aku ya my body...aku kesian sangat kat badan aku niihhhh...itulah aku bawa berjalan di langkawi even pada 15 Okt 2011 aku lagi sekali ke langkawi...kaliini bersama Putra aku bagi urusan projeknya di Pantai Chenang...sambil aku menikmati keindahan Pulau Langkawi nyaman dan tenteram kerana waktu ini tiada pelawat yg menyiksakan jiwa aku...huuuu...huuu...bestttttt.ok nanti aku sambung lagi bagaimana kehidupan aku selepas bersara dengan konsep kehidupanketentuan,ketenangan ikhlas dan signifikan...Selamat beristirihat wahai badan ku sayang....

Thursday, April 8, 2010

sahabat

Ini lah gambar terakhir saya dan my husby ketika bertandang ke rumah Azli sahabat kami.

Sudah hampir lima bulan sahabat saya Azli meninggalkan kami semua termasuk isteri tersayang Jewedah juga sahabat saya. Pada 10/11/2009 jam 6.30 petang my husby dan saya bertandang ke rumahnya. Masa tu Azli tak ada hanya isterinya sahaja yang ada di rumah. Tuut...tuut..malam tu saya terima berita dari Norliza yang Azli terlibat dalam kemalangan dekat taiping dan besoknya 11/11 2009 kami menerima berita menyedihkan Azli pergi buat selamanya....tinggal kenangan...al fatihah untuk beliau.

Wednesday, March 17, 2010

korban

Aii...bergaya macam kumpulan Panca Sitara je...


Baik-baik tengok pisau dengan daging tu...nanti terpotong jari...lakkk ...hee..hee..
24 Februari 2010 my office adakan korban . Inilah gambar sekitar korban tersebut.

suka-suka panjat bukit

Semasa memanjat Bukit ni maka terjumpalah dengan seekor ulat gonggok raksaksa...hee...geli nengoknya....
Ini trek yang kami lalui........walaupun nampak penat...tapi seronoknya....nak joint tak....jom..lahhh..

Penat nampakkkk......lambat lagi ke abah...



Pada 27 Februari 2010 kami sekerluarga pergilah panjat bukit Ungku Busu kat Lumut tu...hmm saje nak release tension penat kerja..dapat juga keluarkan peluh....

Wednesday, December 9, 2009

malam ALAM


Sekitar Penyanyi Adibah Nor menyanyi pada malam ALAM.





Malam tadi I ngan hairi pergi ke majlis makan malam program ALAM 2009 perhimpunan pelajar2 Senibina landskap malaysia, penyanyi jemputan Adibah Nor ,tema program.... semua jemputan pakai baju warna pink campur puteh.....cantik warna tu... ada pula muzikal teater dengan dressing pelakonnya warna pink-puteh ada pulak rama-rama pink...cantiiikkk...Adibah Nor nyanyi 2 lagu dan Pengarah kami tak ketinggalan nyanyi sebuah lagu...lagu bunga tanjung...orang lama mesti lagu sentimental cam tuu..

Tuesday, December 8, 2009

main bowling lagi




Sekitar main bowling kat Ipoh Parade....hmmm semuanya happy nak release tension katakan...hmmm penat kejeee seharian.....Ok semuanya readyyyy..


















16 November 2009 I ngan my husband, Hairi,Dr Sahari,,Shifa, Teh and Nurul pegi main bowling kat Ipoh Parde. Ini le first time I main bowling individu,sebelum ni main ngan anak beranak kami aje. Walupun fisrt time berlawan i dapat jatuhkan juga 433 pin bagi 5 game walaupun berlagak macam pemain amatur,nasib baik ada kak Leha yang bagi tip macam mana nak baling dengan baik bukan baling macam kelapa muda tu...... Inilah gambar masa kami main bowling tuuu...

Bergaya dulu sebelum main bowling..
Tengoklah tu bukan main berposing lagi....hee...hee






Hai Nurul...Shifa....nak main ke nak jadi modelll bowling....Tengoklah tuuu bukan main berposing lagi sebelum main bowling




Wow Nurul...Shifa..posiiing habissss... nampak...

Thursday, November 12, 2009

SHOPPING DI SOGO KL

18 September 2009 Jumaat 8.30 pagi I dengan my daughter, my sons awal dah keluar pergi shopping kat Sogo KL beli baju raya kat Afiq, dan haidhar, I beli kasut aje. Lepas tu kita orang pergi pulak kat Mint Butik , I beli baju raya dan rudung jam 2.30 petang kami balik orang ramai sangat kat Sogo maklumlah nak raya Aidil Fitri dah masa tu. I happy sangat waktu tu...tapi dalam kete I terima panggilan telefon dari my friend Jewedah yang memberi khabar tak baik ...anak Hamidah steno my boss kemalangan jalan raya dan meninggal dua beradik...Innalillah hiwainna ilahirojiun...










Thursday, November 5, 2009

Makan Malam....

03 November 09 kami ada makan malam....hmmm seronoknya en Azizul jadi MC terhibur rasanya.....hilang boringgg tau....Mulanya MC jemput yang hadir menyanyi ...karokae ...ada yang malu-malu tapi bila dah ada yang mula maka makin galak pulak yang nak menyanyi....any way walau pun susah MC nak tamatkan masa dari jam 9.00 mlm hingga 11 malam...tapi lawaknya menghiburkan...satu soalan MC tanya ...haa ini soalan untuk Tn haji Mokhtar Pengarah Pengguna...MC kata saya ada 5 biji limau...Tn Hj Mokhtar minta satu...berapa tinggal kat saya...lalu I jawab ada 5....Ok ...MC tanya kenapa...... I diam...semua orang tak dapat jawab....MC kata sebab saya tak bagi limau tu kat tn haji Mokhtar walaupun dia minta...heee...hee..kami gelakkk.

Last si Siti Fazlin nyanyi dengan Izwan..Seiring Sejalan ...gambarnya ...tungguuuu...

Orang Asli

Kemarin 4 November 2009 I pergi KL ada mesyuarat pasal pelajar orang asli kat IPTA . Pukul 5.00 pagi I bertolak dengan driver kat sana tersesat-sesat cari tempat Mesyuarat tu...tapi bukan kami aje yang sesat ada peserta lain pun sesat tiba pukul 11 pg pun ada walau pun mesyuarat 9.30 pagi.

Hmmm yang menariknya cerita Pengarah yang mempengerusikan mesyuarat tu buat I interested betul...teringat kata-kata my friend tentang orang Asli...dia orangg...orang asli..so kita orang palsuuu kee...

Geli hati betul bila I teringatkan kata-kata pengarah tu...yang orang asli ni kuat merajukkkk dan lurussss sangat macam lurus pembaris.....tuuu...katanya bila ada program melibatkan pelajar orang asli dan anak-anak orang asli berkumpul pada satu tempat...staf JHEOA tanya bapa orang asli tu...menyesal tak ....sebelum ini dan selama ini tak hantar anak ke sekolah...dia jawab ...menyesal....Bila staf tu tanya lagi....Hari ini menyesal tak....tak hantar anak ke sekolah/belajar...dia jawab apa tau...tak menyesalll... pening orang bertanya dan bertanyalah orang tu kembali...kenapa...dia jawab...sebab hari ini tak sekolah...anak-anak orang asli ada program di tempat itu sebab itu tak pergi sekolaahh..heee....betul bendul betul orang asli ni...rungut staf tu...

And satu cerita lagi ..orang asli ni lurus ke tak lurus bendulnya...gini ....ada orang tu tanya ...masa ada program JHEOA dengan mereka....hai dalam tak tasek ni...staf tu tanya pada orang asli tu...Orang Asli tu jawab....Cik terjun le...sendiri...haaa...ha...orang tu gelak sendiri.

kalau kita tanya pulak orang Asli ni...berapa batu jarak dari sini kesatu tempat tu...dia kata cik kire le sendiri batu tepi jalan...tuuu...

Lagi nak tergelak kalau dia melawan Polis yang tahan dia kerana bawa muatan lebih dengan motosikal...apa dia cakap tauuu....Apa Encik nak tahan-tahan saya..saya tak salah...yang saya bawa anak ni...anak saya...yang ini...isteri...isteri saya , motosikal ini pun motosikal saya dan yang bawa pun saya...Apa salah saya....so pening Polis tu dengan gelagat orang asli...tu......

Any way I gembira juga dapat jumpa kawan lama dan dapat kenalan dari IPTA lain yang teringat dan lama tak jumpa ialah En Salim ...I hampir tak kenal dia tapi dia kenal I dan tegur baru I perasan dia...so kami berborak le kisah lama kat Manjung dulu....and I jumpa juga ex- student UiTM Manjung dulu dah jadi pegawaiiii dah dia...

Monday, October 19, 2009

Tinggal kenangan









Pada 18 Ogos I ada hi-tea ke Excellsior hotel anjuran Unit Kualiti .I dijemput kerana tamat tempoh jadi AJK mulai 2004 hinggalah 2009 ...lama juga yeek...Majlis ini adalah sebagai menghargai jasa kita orang yang bertungkus lumus berkaitan kualiti dan...sebagai menghargai PK minta adakan hi tea ni untuk mantan-mantannya. Inilah gambar masa I di majlis tu....