Iklan Nuffnang

Monday, October 19, 2009

Tinggal kenangan









Pada 18 Ogos I ada hi-tea ke Excellsior hotel anjuran Unit Kualiti .I dijemput kerana tamat tempoh jadi AJK mulai 2004 hinggalah 2009 ...lama juga yeek...Majlis ini adalah sebagai menghargai jasa kita orang yang bertungkus lumus berkaitan kualiti dan...sebagai menghargai PK minta adakan hi tea ni untuk mantan-mantannya. Inilah gambar masa I di majlis tu....













Friday, October 16, 2009

Sekitar Hari Raya Office




Emmm..sedapnya cendol....





Kawan lama ...dah berpisah ...ke kelantan tapi masih sudi nak beraya kat Perak...

Inilah Chees Cake dari kami punya Office...tak sampai 5 minit...selesai...maklumlah...sedaaapp...




Hai Puan Lin...takkan tengoook aje...jamahle...









Inilah sebahagian dari kuih-mueh yang di buat sendiri oleh kakitangan office kami.










16 Oktober 2009 kami ada hari raya kami punya office.Ada lebihkurang 20 gerai makanan ....aduuhh...jenuh nak makan macam-macam ada...dari satay,mee sup,mee kari,laksa my favourite ....kueh muih ketupat rendang banyak .














































































































































Tuesday, October 13, 2009

Beraya lagi

10 Oktober 2009 jam 1.30 pm I dengan husband pergi beraya kat rumah bekas staf our organisasi.Hari tu dia ajak lunch kat rumah dia walau pun kami pergi beraya.......ada kueh raya...apa yang dihidangkan ...huuhh sedapnya makan kerabu pucuk paku fresh campur taugeh isteri dia buat...ada pulak ulam pucuk salam emmm sedapnya lawan dengan sambal belacan ikan kering goreng...I makan tambah dua kali you...dan tentulah malam I dah tak makan lagiii...kenyanggg sangat.Lepas lunch kami tengnok pula my friend tu masukkan daun pisang dalam buluh lemang sebab the next day dia nak buat open house .Dia kata dia belajar buat lemang masa dia kat Serawak guna buluh tebal...buluh minyak namanya...tapi kami tak sempat rasa lemangnya sebab kami dah nak balik lemang belum masak lagi.
Sebelum balik kami sempat pulak bergambar dengan isteri dia......tinggal kenangan. Gambarnya nanti my friend akan e-mail....

Lepas itu kita orang pergi TESCO Ipoh pulak shopping...I belilah hand set touch screen ...dah lama teringin nak beli ...kebetulan offer harganya sesuai pulak dengan bajet I duit I ngajar 3P so dapatlah juga I buat kenangan ...kalau tak beli nanti duit tu tak nampak kebendaa pun...any way I happy sangat dapat apa yang diidamkan.

Monday, October 12, 2009

Cerita-cerita.....emmm kenangan...

26 Ogos 2009 my group masuk KIK pkt Organisasi....tapi tak menang cuma dapat anugerah Logo terbaik aje. Logo itu berkonsepkan " kunci"(Key).

Ia mempunyai makna tersendiri ...ini adalah cetusan my idea bila i baca buku kunci kehidupan penulis H.M Tuah pengarang yang banyak menerima anugerah penulisannn tu... I suka baca buku dia ...banyak menaikkan semangat untuk hidup riang dan gembira...walau pun stress...uuhhh sekali pun he..hee......

Sebenarnya masa tu my KIK group kekeringan idea nak cipta logo our group...so bila I balik rumah I belek-belek novel yang ada dalam simpanan termasuklah buku kunci kehidupan cetusan penulis H.M tuah ni. I terus dapat idea...besoknya i adakan mesyuarat dan cadangkan logo kumpulan kami berkonsepkan "kunci" tengoklah sekarang ni pun PM kita terpaut pula adakan KPI ....Key performance indicator.... itu juga kuncikan....bukan sahaja hidup kita perlukan kunci, bukan rumah kita aje yang perlukan kunci tapi dalam organisasi kita pun perlukan kunci...so bagaimana kunci kita untuk membuka pintu syurga nanti...........??????.

Banyak lagi I nak tulis tapi masa dah cemburu...continue......

Thursday, October 8, 2009

Seronoknya Beraya

Hai beraya sakan kami anak beranak.....
Menantu, anak sulung, me, my husband &anak bongsu






Hai... berpossing sakannnn...kami anak beranak....
































Berpossing dengan anak kedua..
Possing dengan anak bongsu.....

Pada 20 September 2009 adalah hari raya Aidil Fitri I beraya kat rumah anak menantu I diTaman Saujana Utama. Kami beraya juga kat rumah my besan kat taman Moccis . Yahhh.... syoknya beraya kat sini....my besan ni suami isteri nak belajar buat ketupat daun palas. Mereka belajarlah dari I , kita orang sama-sama buat ketupat daun palas orang utara punya ketupatt......huuh jenuh deme belajar tak dapat-dapat asyik jadi ketupat betina aje..merungut-rungut my besan....tak dapat sampai akhirnya. I kata tahun depanlah I datang lagi...belajar sama-sama lagi...dia orang cakap ...ini le setahun sekali belajar...tahun depan mesti dah lupakan stepnya...kah.....kah...

Eeeeh... seronok tau beraya kat KL ni....tahun ni I beraya sampai kat Negeri Sembilan perginya...kat Rantau dan Rembau.Tak sangka I dapat pergi sejauh itu pada hari raya pertama lak tu....kita orang bertolak jam dah 3.00 ptg dan kami balik jam 10.00 malam. tapi Kl dengan N. Sembilan tak jauh pun lebih kurang 2 jam dah sampai....

Itulah masa I nak cuti raya my friends semua tanya balik kampung ke raya ni? I cakap I beraya kat Kl, kita orang nanti boleh le tepuk tangan kat orang seberang jalan menuju ke Utara kerana dia orang jem di jalan raya bukan jem sapu kat roti tuuu...kalau ye boleh makan roti dan jem...he...hee..hee.Dan masa kita orang balik raya pula kita orang boleh senyum lagi tengok jalan sebelah jem sebab dia orang balik ke Kl kita orang tuju ke Utara...

Tapi dalam kita beraya dan bergumbira jangan lupa pada yang tiada dan yang I tumpang sedihh...juga sebab sehari sebelum Hari Raya 19 September 2009 dua orang anak my friend satu office meninggal dunia kerana accident kereta dengan lori...Hari tu sebenarnya I baru aje balik shopping dari Sogo KL yang buat sale gileer.... Masa I dalam kete I terima call dari Jewedah my friend bagi tahu berita tersebut. Terkejut i dan sedih rasa nya dan malamnya kami tengok berita mengenai kemalangan berkenaan.

Itulah muda lagi anaknya dalam 20an, apa nak buat Allah lebih sayangkan mereka...yang muda pun pergi juga bukan tunggu tua aje...muhasabahlah diri dan ingatlah bahawa kematian tu bila2 aje datang menjemput kita bila tiba masanya tanpa menghitung umur....

Moga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya..

Tuesday, October 6, 2009

Cheese Cake....mmmmm sedaap

Semalam 6 hb Oktober 2009 I kat office jam 8.00 pg lebih terimalah call.... . I pandang nombornya no HP macam familiar aje no tu...dengar suara lain sangat......selalunya dia call guna no HP kalau kat luar ni guna ext office pulak ....rupanya si Hairi ni yg call nak bagi Cheese Cake . Emmm...lama I tak makan Cheese Cake , I memang suka makan Cheese Cake sampai satu hari tu I beli sebiji konon nak makan puas-puaslah sampai naik muak daaa.....dan dah lupalak kat Cheese Cake hinggalah pagi semalam Hairi bagi Cheese Cake kat I.....eeiii...sedapppnyaaaa... thank you Hairi tapi bukan tan ku (macam amyshar cakap tu) he...he...he.. Selamat hari raya , maaf zahir batin...wangi raya masih ada lagikan...