Iklan Nuffnang

Saturday, January 7, 2012

sentuhan hati Zulhijjah

Pada  20 Zulhijjah sama dengan 03 November 2011 apabila pulang dari surau hadapan rumah ku sambil aku mendongak ke langit biru , cerah luas alhamdulillah aku bersyukur kepada allah yang masih memberi nyawa kepda aku bernafas dipagi ini. Udara nyaman dan aku berjalan dengan pakaian telekung, maka rindulah aku kepada Rumah Allah "Kaabah" seolah-olah melambai-lambai aku kepadanya.Menitislah air mata aku ketika itu...teringat aku bertelekung setiap pagi bersama suami berjalan menuju Masjidilharam dari Savilla Hotel Mekatulmukaramah jua tempat lahir aku.Ya Allah sampaikanlah hajat aku untuk sampai ke Rumah Mu Ya Allah buat kali kedua .Dan air mata ku berlinang memenuhi kelopak mataku  bila aku mengingati  lambaian terakhir aku terhadap Mu Kaabah Rumah Suci Allah.Tak tahu kenapa----sentuhan hati ku dipagi 20 Zulhijjah bulan Haji ini  aku betul-betul rindukan lambaian Mu...terasa seolah-olah hari ini juga aku mahu terbang hinggap di Rumah Mu Ya Allah....Kaabah sememangnya aku merindui Mu .


7.31 a.m 03 November 2011