Iklan Nuffnang

Saturday, November 19, 2011

ke syurga....juga ada syarat

Pada 18 november 2011 aku seperti biasa waktu subuh aku menjejak kaki ke surau Nurul Huda tempat tinggal aku selepas bersara.Biasalah bila lepas tamat sembahyang subuh berjemaah kami ada tazkirah dan pagi ini aku begitu tersentak bila Cik Gu Rahim yg bagi Tazkirah mengatakan ada 6 syarat untuk  ke syurga Allah...oohhh kepala ku mulai memikirkan masyaallah.... bukan sahaja nak jejak kaki ke U nak masuk syurga juga allah tetapkan syarat iaitu:
1). Bercakap dengan lembut
2). Menyebarkana salam
3). Berpuasa 3 hari dalam sebulan
4). Bangun Malam beribadat kpd allah
5). Memberi makan kepada orang
6). Menyambung silatulrahim yang telah putus

nampak mudah  syaratnya terutama kita tak perlu pun nak memikirkan berapa bayaran bulanan tahunan atau bayaran berapa sehari...masyaallah ...semuanya free percuma cuma kata orang benda FREE ni kadang-kadang orang tak ambil kisah pun...betul tak....maklumlah tak yah keluar ongkos beribu-ribu ...

Bila kita memenuhi syarat ini maka gradlah kita ...umpama belajar di U kita perlu membuat assignment,exam and last you get the diploma or ijazah,phd....hmmm seronokkan kalau benda ni nampak...tetapi syurga yang allah janjikan masih tak nampak dimata zahir kita tetapi kita wajib yakin dan beriman kepadanya..Jika syuga allah nampak semua orang nak berebut rebut nak masuk macam nak tengok perlawanan bola sepak piala berprestige sampai tak cukup tiket dan tempat duduk..masyaallah...jadi renung-renungkanlah wahai anak Adam.....syurga itu tempatnya HEBAT dan syurga VSnya NERAKA juga tempatnya HEBAT...kedua-duanya hebat tapi kehebatan yang amat berbedza yang tak dapat digambarkan dengan akal manusia......alhamdulillah walaupun aku bersara awal sedikitpun aku tidak menyesal kerana banyak ilmu yang telah aku dapat yang tak dapat aku cari ketika aku dialam pekerjaan yg amat sibuk dengan masa yang berjalan terlalu pantas kini...kini aku tenang bagi aku bersara bukan bererti aku bersara terus tanpa buat apa-apa duduk makan dan tunggu mati kata orang...tapi bagi aku ...aku seperti biasa macam insan lain punya rutin sendiri......aku mula muhasabah diri aku aku mula mengira-ngira...hmmm bukan mengira hutang atau mengira wang RM  tapi aku mengira dalam usia aku sudah setengah abad ini berapa yang aku hutang kepada allah...pertama aku menghitung tentang hutang sembahyanga aku dengan allah...Seingat aku , aku mulai menunaikan sembahyang tidak tinggal ketika aku ditingkatan empat sebab tinggal diasrama sehinggalah kini...so umur aku baligh kalau dikira perempuan berumur 9 tahun (perempuan mulai didatangi haid)  masyaallah lebihkurang  7 tahun aku perlu kadho sembahyang aku..ye lah bukan aku nak salahkan ibu bapa aku masa tu tahun 70an dan 80an hala ke Islamik amat kurang..lihat saja tentang pakaian perempuan ramai yg tak menutup aurat bukan seperti sekarang kat sekolah masih pakai skirt pakai hot pan lagi...Yaallah ampunkan lah dosa-dosa ku Yaallah

Terus terang aku katakan aku belajar sembahyang pun belajar sendiri tanpa disuruh bapa ku, aku belajar mengaji bersungguh-sungguh dan mengenal bacaan al quran .Aku masih ingat zaman mengaji membawa jamong mungkin generasi sekarang tak kenal apa itu jamong....balik sekolah petang jam 6.00 petang pergi mengaji di rumah Makcik Melah Guru Quran kami beramai-ramai pergi adik beradik aku dan balik mengaji pukul 10 malam itu yang guna jamong tu zaman tu masih tak ada lagi elektrik...tapi sehingga kini ada seorang kakak aku masih belum mengenal ejaan nak baca al quran...masyaallah ...tapi aku tetap tabik spring kat kakak aku yg sorang ni walaupun dia tak dapat baca quran kerana kurang mengenal huruf dia tetap berusaha membaca yasin dengan mendengar dan mengikut pada kaset alhamdulillah....

Hmmm dan aku paling terkejut bila aku dapat tahu yg aku punya adik ipar lelaki, baru berpencen juga tak menenal huruf .....nak baca quran tak dapat...allah.... sedihnya aku memikirkan betapa begini jadinya....Tapi aku juga tabik spring kat dia kerana dia juga begitu sedar dirinya dan tujuan berpencen awal adalah untuk belajar membaca alquran dan mencari ilmu ke akhirat. alhamdulillah...

Aku rasa cukup disini muhasabah diri aku ...esok aku akan sambung lagi insyaallah......ucapan .assalamualaikum kepada  bloger (jika ada yang baca my blog).







No comments: