Iklan Nuffnang

Saturday, November 19, 2011

My Life: ke syurga....juga ada syarat

My Life: ke syurga....juga ada syarat

ke syurga....juga ada syarat

Pada 18 november 2011 aku seperti biasa waktu subuh aku menjejak kaki ke surau Nurul Huda tempat tinggal aku selepas bersara.Biasalah bila lepas tamat sembahyang subuh berjemaah kami ada tazkirah dan pagi ini aku begitu tersentak bila Cik Gu Rahim yg bagi Tazkirah mengatakan ada 6 syarat untuk  ke syurga Allah...oohhh kepala ku mulai memikirkan masyaallah.... bukan sahaja nak jejak kaki ke U nak masuk syurga juga allah tetapkan syarat iaitu:
1). Bercakap dengan lembut
2). Menyebarkana salam
3). Berpuasa 3 hari dalam sebulan
4). Bangun Malam beribadat kpd allah
5). Memberi makan kepada orang
6). Menyambung silatulrahim yang telah putus

nampak mudah  syaratnya terutama kita tak perlu pun nak memikirkan berapa bayaran bulanan tahunan atau bayaran berapa sehari...masyaallah ...semuanya free percuma cuma kata orang benda FREE ni kadang-kadang orang tak ambil kisah pun...betul tak....maklumlah tak yah keluar ongkos beribu-ribu ...

Bila kita memenuhi syarat ini maka gradlah kita ...umpama belajar di U kita perlu membuat assignment,exam and last you get the diploma or ijazah,phd....hmmm seronokkan kalau benda ni nampak...tetapi syurga yang allah janjikan masih tak nampak dimata zahir kita tetapi kita wajib yakin dan beriman kepadanya..Jika syuga allah nampak semua orang nak berebut rebut nak masuk macam nak tengok perlawanan bola sepak piala berprestige sampai tak cukup tiket dan tempat duduk..masyaallah...jadi renung-renungkanlah wahai anak Adam.....syurga itu tempatnya HEBAT dan syurga VSnya NERAKA juga tempatnya HEBAT...kedua-duanya hebat tapi kehebatan yang amat berbedza yang tak dapat digambarkan dengan akal manusia......alhamdulillah walaupun aku bersara awal sedikitpun aku tidak menyesal kerana banyak ilmu yang telah aku dapat yang tak dapat aku cari ketika aku dialam pekerjaan yg amat sibuk dengan masa yang berjalan terlalu pantas kini...kini aku tenang bagi aku bersara bukan bererti aku bersara terus tanpa buat apa-apa duduk makan dan tunggu mati kata orang...tapi bagi aku ...aku seperti biasa macam insan lain punya rutin sendiri......aku mula muhasabah diri aku aku mula mengira-ngira...hmmm bukan mengira hutang atau mengira wang RM  tapi aku mengira dalam usia aku sudah setengah abad ini berapa yang aku hutang kepada allah...pertama aku menghitung tentang hutang sembahyanga aku dengan allah...Seingat aku , aku mulai menunaikan sembahyang tidak tinggal ketika aku ditingkatan empat sebab tinggal diasrama sehinggalah kini...so umur aku baligh kalau dikira perempuan berumur 9 tahun (perempuan mulai didatangi haid)  masyaallah lebihkurang  7 tahun aku perlu kadho sembahyang aku..ye lah bukan aku nak salahkan ibu bapa aku masa tu tahun 70an dan 80an hala ke Islamik amat kurang..lihat saja tentang pakaian perempuan ramai yg tak menutup aurat bukan seperti sekarang kat sekolah masih pakai skirt pakai hot pan lagi...Yaallah ampunkan lah dosa-dosa ku Yaallah

Terus terang aku katakan aku belajar sembahyang pun belajar sendiri tanpa disuruh bapa ku, aku belajar mengaji bersungguh-sungguh dan mengenal bacaan al quran .Aku masih ingat zaman mengaji membawa jamong mungkin generasi sekarang tak kenal apa itu jamong....balik sekolah petang jam 6.00 petang pergi mengaji di rumah Makcik Melah Guru Quran kami beramai-ramai pergi adik beradik aku dan balik mengaji pukul 10 malam itu yang guna jamong tu zaman tu masih tak ada lagi elektrik...tapi sehingga kini ada seorang kakak aku masih belum mengenal ejaan nak baca al quran...masyaallah ...tapi aku tetap tabik spring kat kakak aku yg sorang ni walaupun dia tak dapat baca quran kerana kurang mengenal huruf dia tetap berusaha membaca yasin dengan mendengar dan mengikut pada kaset alhamdulillah....

Hmmm dan aku paling terkejut bila aku dapat tahu yg aku punya adik ipar lelaki, baru berpencen juga tak menenal huruf .....nak baca quran tak dapat...allah.... sedihnya aku memikirkan betapa begini jadinya....Tapi aku juga tabik spring kat dia kerana dia juga begitu sedar dirinya dan tujuan berpencen awal adalah untuk belajar membaca alquran dan mencari ilmu ke akhirat. alhamdulillah...

Aku rasa cukup disini muhasabah diri aku ...esok aku akan sambung lagi insyaallah......ucapan .assalamualaikum kepada  bloger (jika ada yang baca my blog).







Thursday, November 3, 2011

SAYANG KU HANAN

Hanan ...itulah nama anak kecil yg petah bercakap ni.Dia anak saudara aku dari anak sepupu aku Rahimah yang kini menetap di Mekah Saudi Arabia...inilah anaknya yg amat petah bercakap baru 3 bulan di Malaysia dah pandai berbahasa Melayu lancar aje bunyinya...ini yg aku geram niiihhh aku yg nak belajar Arab sampai hari ini belum dapat-dapat lagi....

Hanan suka swimming..tapi hari tu dia tak bawa baju renang tak dapatlah dia turun lagi pun tak ada siapa nak jaga dia kalau lemas nanti...huuuhh 












Apa yang di renung tajam tu Hanan...marah ke

Hanan suka sangant mandi kat swimming pool jadi masa kami keKL jumpalah swimming pool so g3mbira dia dapat lepaskan geramnya
Hanan,sepupu aku dan Aku
Mak Teh, Aku dan Hanan
Bersama Mak Teh aku mak saudara dari Arab Saudi
Baru berusia 4 tahun tapi cakapnya macam orang tua ...
Dah puas Hanan mandi yee..Hanan

YANG PERGI...dan antara kasihnya isteri

Hari ini 04 Nov 2011 bersamaan 09 Zulhijjah 1432 Pagi tadi jam 6.40 pg suami ku menerima berita kawanya kamaruddin yg seangkatan dengannya 4RAMD telah pulang kerahmatullah jam 5.00pg diTikam batu Kedah.Teringat suamiku cerita pada ku...yang kawanya ni semasa hayatnya seolaholah putus harapan untuk hidup apabila isterinya tercinta pergi mendahuluinya pergi buat selamanya.Bagi belaiu hidup dirasakan hambar tanpa isteri disisi,kecewa dan murung lebih -lebih lagi beliau mengidap sakit jantung dan paru-paru .....semasa kami melawatnya pada aidil Fitri yg lepas dia menceritakan betapa hidupnya tidak ceria seperti dulu dan sakitnya bertambah parah maklumlah kalau ada isteri semua dilayan isteri kini dia dah tak kisah nak makan ubat ke tak amakan ubat ke dia tak ambil peduli...bila tiada isteri beliau rasa hidupnya kosong tiada teman untuk urus hidupnya walaupun sebumbung hidup dengan anaknya tapi kasih dan layanan isteri adalah amat berlainan sekali katanya.Umur beliau 62 tahun dan telah pergi mengadap Yarabbi hari ini hari Wukuf di Arafah ketika umat islam sedunia berhimpun beliau diapanggil allah taala...al fatihah untuk sahabat my husband.Itulah pe3ntingnya seorang isteri kaum hawa kepada suami kaum Adam...jangan main-main...

Teringat pula aku kepada sahabat aku Yati 47 tahun pergi buat selmanya pada 24 Okt 2011 (Isnin) .Beliau sekelas dengan aku semasa belajar Ijazah Pendidikan di UiTM seri Iskandar.Beliau sebelum ini sihat cuma mengidap asthma sahaja.Tapi pada 23 Oktober beliau tiba-tiba jatuh dihapan pintu rumah dan terus dikejar kehospital Ipoh doktor menyatakandarah beku di kepala perlu dibedah segera dan selepas pembedahan beliau koma .Aku dan suami sempat melawat beliau pada petang 23 Oktober 2011.Aku hanya melihat tubuhnya terbujur kaku namun dimukanya bersih tenang walaupun nyawanya dibantu alat pernafasan ketika itu
Adiknya membaca yasin dan aku berdoa agar beliau sembuh doaku "Ya allah sembuhkan sahabatku jika itu lebih baik baginya.......sehinggalah aku pulang aku masih terkenang kata-kata Yati...Kak I nak bayar hutang you ni tapi I nak masuk kat ATM tapi 8.00 lagi mesin tak terima mesin hanya terima wang genap aja...aku pun menjawab tak apa lah Yati you masuk yg genap aje yg 8.00 tu I sedekah kat you ok kata ku and kalau you susah-susah sibuk mengajar lain kali bila ada masa Yati bayarlah..ehhh tak boleh kak Yati risau takut apa-apa terjadi pada Yati nanti...ala Yati jng risau kalau ada apa-apa kak halal aje kata ku sambil gelak-gelak dengan dia dalam HP; Itulah kata-kata terakhir seorang sahabat yg banyak membantu aku semasa sama-sama belajar dulu...dan semasa di hospital aku bertanya khabar tentang Yati pada suaminya...suaminya cerita Yati nak pergi facial ni...nantimuka cantik taklah abang cari lain...hehee..Yati gelak-gelak dengan suaminya...itulah kenangan sahabat ku...al fatihah untuk arwah.
KERINDUAN  PADA LAMBAIAN MU

pagi tadi aku rasa syahdu sangat sampai mengalir air mataku kat Surau nurulhuda Tasek Putera tuu...nasib baik tak bah(banjir) surau tu ...tahu kenapa..hari ini 09 zulhijjah bulan HAJI teringat aku dan rindu aku kepada kaabah...hari ini aku dah ada kat Arafah dah bawah khemah di padang arafah tu...tempat memohon doa sebanyak mungkin...tempat betapa manusia semua sama disi allah nanti semua berpakaian putihhh tak kira tua muda kaya atau miskin bnaik atau jahat...hmmm   rindunya aku dibulan ini bulan Zulhijjah bulan HAJI yg penuh rahmat...bila ku berjalan pulang ke rumah ku dari suarau tadi yerkenang aku sewaktu berjalan balik dari masjidil haram ke hotel Savillea Kota Mekah dan menurut bapa saudara aku itulah tapak rumah ibu ke melahirkan aku...subhanallah......lambaian kaabah mengharukan hati ku...air mata kau genang lagiii.di mata ku...