Iklan Nuffnang

Thursday, October 8, 2009

Seronoknya Beraya

Hai beraya sakan kami anak beranak.....
Menantu, anak sulung, me, my husband &anak bongsu






Hai... berpossing sakannnn...kami anak beranak....
































Berpossing dengan anak kedua..
Possing dengan anak bongsu.....

Pada 20 September 2009 adalah hari raya Aidil Fitri I beraya kat rumah anak menantu I diTaman Saujana Utama. Kami beraya juga kat rumah my besan kat taman Moccis . Yahhh.... syoknya beraya kat sini....my besan ni suami isteri nak belajar buat ketupat daun palas. Mereka belajarlah dari I , kita orang sama-sama buat ketupat daun palas orang utara punya ketupatt......huuh jenuh deme belajar tak dapat-dapat asyik jadi ketupat betina aje..merungut-rungut my besan....tak dapat sampai akhirnya. I kata tahun depanlah I datang lagi...belajar sama-sama lagi...dia orang cakap ...ini le setahun sekali belajar...tahun depan mesti dah lupakan stepnya...kah.....kah...

Eeeeh... seronok tau beraya kat KL ni....tahun ni I beraya sampai kat Negeri Sembilan perginya...kat Rantau dan Rembau.Tak sangka I dapat pergi sejauh itu pada hari raya pertama lak tu....kita orang bertolak jam dah 3.00 ptg dan kami balik jam 10.00 malam. tapi Kl dengan N. Sembilan tak jauh pun lebih kurang 2 jam dah sampai....

Itulah masa I nak cuti raya my friends semua tanya balik kampung ke raya ni? I cakap I beraya kat Kl, kita orang nanti boleh le tepuk tangan kat orang seberang jalan menuju ke Utara kerana dia orang jem di jalan raya bukan jem sapu kat roti tuuu...kalau ye boleh makan roti dan jem...he...hee..hee.Dan masa kita orang balik raya pula kita orang boleh senyum lagi tengok jalan sebelah jem sebab dia orang balik ke Kl kita orang tuju ke Utara...

Tapi dalam kita beraya dan bergumbira jangan lupa pada yang tiada dan yang I tumpang sedihh...juga sebab sehari sebelum Hari Raya 19 September 2009 dua orang anak my friend satu office meninggal dunia kerana accident kereta dengan lori...Hari tu sebenarnya I baru aje balik shopping dari Sogo KL yang buat sale gileer.... Masa I dalam kete I terima call dari Jewedah my friend bagi tahu berita tersebut. Terkejut i dan sedih rasa nya dan malamnya kami tengok berita mengenai kemalangan berkenaan.

Itulah muda lagi anaknya dalam 20an, apa nak buat Allah lebih sayangkan mereka...yang muda pun pergi juga bukan tunggu tua aje...muhasabahlah diri dan ingatlah bahawa kematian tu bila2 aje datang menjemput kita bila tiba masanya tanpa menghitung umur....

Moga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya..

No comments: