Iklan Nuffnang

Friday, August 7, 2009

PERJALANAN

Ini keluarga I yang hantar I kat Penang Air Port 26 Nov 2006 masa I nak berangkat ke Tanah Suci.


Dalam Flight merenung keluar tingkap sedih tinggalkan keluarga......sabar aje lah.

















Masa ni I kat Madinah 03/12/2006 pagi-pagi lagi I dah keluar cari makan pagi. Sebelum tu I jalan-jalan dan singgah jap kat kedai jual jubah. Berkenan nak beli tapi saiz tak ada maklumlah saiz S yang I muat mana ada Minah Arab saiz tu... may be saiz anak-anak mereka ade lah ....I cuma action ajelah dengan ambik gambar ...nak lepaskan gerammmm...

Tengok tu I teringin benor nak beli tapi apakan daya.....kannnn Jadi model aje....dengan fesyen Jubah tu...




Tapi I tak putus asa , I jalan lagi jumpalah baju panas, maklumlah kat Madinah sejuk sangat masa ni...mmm ...bibir mulut sampai pecah kalau tak pakai lip balm....tapi I tak ada masalah my friend dah bagi tahu I apa nak buat untuk elak tumit pecah...tangan kering dan bibir pecah or pipi jadi merah cam udang bakar...huuuh I pakai krimlah sepanjang hari ...

Dan.... tengok tu sebelum I beli baju panas ni.... I bergayalah dulu depan kedai orang turkey ni....




Masa ni pula 11 Disember 2009 I kat Jabbar rahmah , tempat Adam dan Hawa bertemu tuuu...

Tengok tu ramai orang naik ke atas Bukit tu berdoa apa yang dihajati.




Picture: Dari kiri my untie ,me and my brother











Pada 10 Disember 2006 hari yang tak dapat I lupakan I pertama kali bertemu dengan adik I dari keterunan Arab. Ketika ini I kat rumah bapa saudara I . My uncle yang membuat pertemuan ini....huhhh rasa macam ...Jejak kasih pula..... any way I'm very happy dengan pertemuan ini...Hari ini dalam sejarah...I know I have another sister to meet later....

Ha....haa...masa ni 11 Disember 2009 I sampai kat Jabbar Nurr.....tengok tu si unta dah ready tunggu pelanggan untuk naik ke belakangnya....I cuma possing aje ...eeeee....takut nak naik belakang unta tu...and pandai dia orang business kan musim-musim Haji ni........Hairi kalau kat negeri you...Melaka tu orang naik kereta lembukan ...tengok kat sini dia orang naik unta...hee...heee Jangan terpijak tahii unta udah le...
Kesian unta....tuuukan tunggu aje pelanggan.....heee...heee tak siapa yang sudiiii....




Pada 11 Disember juga my uncle bawa I melawat Mina dan Padang Arafah. Sayangnya kat Padang Arafah I tak ambil gambar sebab tak bawa kamera.....

Picture: My uncle and me.

Inilah gambaran berkhemah di Mina , masa ni my uncle yang bawa I tengok tempat ini dari jauh.Wowwww... luasnya ....tempat ini... Inilah agaknya masa kita berada kat masyar nanti tak....inilah tempat kita kena pergi Jamarat untuk melontar...tempat melontar di bangunkan oleh akitek dan kontraktor dari Malaysia masa tu baru siap dua tingkat masa I datang buat haji tahun 2006...sekarang khabarnya dah siap empat tingkat dah....

Ini pula I jumpa anak saudara I dari keterunan Arab. Pertama kali juga bersua dengan mereka. I ada ramai anak saudara kat Jeddah... Masa ni kami kat rumah adik I yang Arab lelaki tu......Dia orang tak pandai berbahasa Melayu atau Inggeris so kita orang cakap macam cakap itik ngan ayam aje pakai isyarat lah....any way I rasa happy yang teramat sangat.


Oh ya inilah masa kat Padang Arafah my uncle bawa I melawat tempat ini sebelum Jemaah tiba. Wowww...kami berkelah dulu makan makanan yang kami bawa. kat sini mana ada gerai macam kita kat malaysia...kalau nak pergi berjalan-jalan siap denagn bekal tau.... tapi I tak tahan banyak benar habuknya nak makan pun tak selesa...masayaaalah... Tapiii sabarrr....ajelah...




Haa....ini pula anak saudara I lagi , anak adik Perempuan Arab I yang ketiga.


Bukan main rindu lagi I pada mereka dan mereka nakal-nakal macam anak-anak kita kat malaysia juga.....

Ini masa I kat rumah my sister di jeddah.

Ini masa I kat rumah my brother Ehsan di Mekkah.












Ini adik my sister dari keterunan Arab masa ni kat Jeddah.


Ini I bergambar dengan my sisters dan anak saudara di rumah bapa saudara di Mekah.


Ni masa kat Bukit Uhud.


I








Masa kat Jeddah....sedih nak tinggalkan Kota Mekah.......semoga panjang umur dan dapat melawat kota suci lagi

No comments: